Tarikh : 09 Novermber 2015
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tgahari
Tempat : Tanah Perkuburan Masjid Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Semua Murid Tahun 6.
Aktiviti kemasyarakatan ni melibatkan semua murid Tahun 6 dan 10 orang guru. Perjalan ke Masjid Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang ini mengambil kira-kira 15 minit sahaja dari sekolah. Mereka akan berkumpul di dataran sekolah dan bergerak pada jam 8.00 pagi .
![]() |
| Ketibaan murid di perkarangan Masjid & membawa peralatan |
Setibanya murid-murid di hadapan masjid,mereka membawa turun peralatan-peralatan yang utk menjalankan aktiviti iaitu pembersihan di tanah perkuburan yang terletak di belakang masjid sahaja. Sebelum memulakan aktiviti, guru yang bertugas akan memberikan sedikit taklimat dan penerangan tentang apa yang perlu dilakukan sebelum masuk masjid serta aktiviti pada hari tersebut.
![]() |
| Taklimat |
Didalam masjid, murid akan duduk dalam keadaan sopan dan tertib sepertima mereka mendengar taklimat awal dan mereka akan membaca surah Yassin yang akan diketuai oleh Ustaz Suhaimi untuk disedekahkan kepada para nabi muhammad, para sahabat, kaum keluarga serta yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Al-Fatihah.
![]() |
| Bacaan doa (penutup) |
Selepas membaca Yassin secara berjemaah, murid-murid dan guru bergerak ke perkarangan tanah perkuburan secara berkumpulan untuk bergotong royong membersihkan tapak perkuburan serta memupuk diri murid agar menjaga adab-adab ketika berada di tanah perkuburan dan berasa insaf dalam diri setiap insan.
![]() |
| Sepakat membawa berkat..amalan hidup bermasyarakat |
![]() |
| yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama |
Murid akan direhatkan seketika sebelum pulang ke SRAI Salak Tinggi. Berakhir la sudah aktiviti kemasyarakatan bagi tahun 6 sesi 2015. Pihak sekolah berharap aktiviti kemasyarakatan sebegini akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya bagi melahirkan insan-insan yang bertanggungjawab dan perihatin dalam aktiviti sebegini tanpa mengharapkan balasan, biarlah ianya lahir dari hati yang ikhlas (akhlak).
![]() |
| peace! sebelum pulang ke SRAI |











program yang sangat baik...sangat bermanfaat
ReplyDeletebagusnya ziarah kubur..tahniah..
ReplyDeleteaktiviti yang menarik
ReplyDeleteTahniah..program yang sangat menarik terutama dikalangan murid2 dan remaja. teruskan usaha anda untuk meningkatkan muhasabah dan jati diri yang mantop.
ReplyDeleteAktiviti yang banyak nilai-ilai murni.
ReplyDelete